Lawatan Najib Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun, Buka Pelaburan Baharu

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib disambut oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sewaktu tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun di Geihinkan (State Guest House, Aksaka Palace) Tokyo, Jepun. - fotoBERNAMA
Najib disambut oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sewaktu tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun di Geihinkan (State Guest House, Aksaka Palace) Tokyo, Jepun. - fotoBERNAMA

TOKYO: Lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jepun tidak hanya meningkatkan hubungan dua hala yang sudah pun kukuh dengan Tokyo, malah memberi peluang kepada Malaysia untuk menjelaskan jenis pelaburan yang diingininya daripada pelabur Jepun pada masa akan datang, sejajar transformasi yang berlaku di Malaysia.

Mesej Perdana Menteri semasa perbincangan dengan rakan sejawatannya, Shinzo Abe, serta komuniti perniagaan dan ketua-ketua industri ialah Malaysia mahu pelaburan syarikat Jepun lebih ke arah rantaian nilai dan memberi tumpuan kepada bidang teknologi tinggi.

Dalam erti kata lain, masanya sudah tiba untuk pelabur Jepun lebih fokus memandangkan Malaysia tidak mahu pelaburan berintensifkan buruh seperti pada masa lepas.

Ini jelas dalam ucapan Najib bahawa Malaysia kini dianggap sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan bergerak ke arah sebuah negara maju pada 2020.

Najib berada di sini sejak Khamis hingga Sabtu lepas untuk lawatan kerja sempena Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun, bagi meraikan Ulang Tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun, pada Sabtu.

Di bawah kepimpinan Najib yang juga Menteri Kewangan, pelbagai transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenal bagi menggerakkan negara ke arah mewujudkan lebih banyak industri berteknologi tinggi.

Pelaburan berteknologi tinggi bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Malaysia, malah kepada pelabur Jepun memandangkan negara matahari terbit itu merupakan antara negara terbaik dunia dalam teknologi yang pesat berubah, selain tidak mempunyai masalah untuk melabur dalam pelaburan jenis ini di Malaysia.

Antara bidang yang ditekankan oleh Perdana Menteri ialah teknologi hijau dan teknologi boleh baharu serta sisa pelupusan, yang Jepun mempunyai pengalaman luas.

Ia juga selari dengan gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur yang menurut Perdana Menteri membabitkan industri masa depan: berteknologi tinggi dan rendah karbon.

Berdasarkan pengesahan yang dibuat oleh Tokuyama Corp semasa Perdana lawatan Perdana Menteri bahawa ia akan membuat pelaburan baharu berjumlah RM5 bilion untuk menghasilkan silikon poli habluran untuk sel-sel solar, tambahan kepada pelaburan fasa pertama sebanyak RM3 bilion, menunjukkan keyakinan komuniti perniagaan Jepun terhadap pelbagai program transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Najib.

Di samping itu beberapa syarikat Jepun, termasuk Sumitomo Corporation dan Mitsui & Co Ltd, telah menunjukkan minat untuk menyertai cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.

Langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan juga dijangka menarik minat yang tinggi daripada syarikat Jepun untuk melabur dalam sektor itu yang mempunyai potensi pelaburan yang besar di Malaysia.

Keyakinan komuniti perniagaan Jepun juga boleh dikaitkan dengan dasar kukuh ekonomi dan pelaburan kerajaan.

Najib juga telah memberi jaminan kepada masyarakat Jepun bahawa Malaysia akan terus melaksanakan dasar-dasar mesra pelaburan dan menyediakan iklim pelaburan yang kondusif.

Perdana Menteri juga menggariskan potensi bidang pelaburan dalam industri halal yang semakin berkembang, pembangunan Greater Kuala Lumpur dan ekonomi koridor wilayah utara dan di Sabah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut menyertai lawatan itu berkata pelaburan utama dalam industri Halal dari Jepun ialah Ajinomoto, Taisho dan Kewpie.

Beliau juga berkata perdagangan runcit antara Malaysia dan Jepun kini dalam trend peningkatan.

Ia meningkat daripada 5.5 peratus pada 2012 kepada 6.2 peratus pada 2013.

Beliau juga berkata Malaysia kini berusaha menarik perkhidmatan mewah dalam sektor pembuatan yang antara lain termasuk penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk dan pembangunan, pembangunan perisian, IP dan proses pembuatan seperti automasi perindustrian.

Kedua-dua pihak juga meraih banyak manfaat daripada Gelombang Kedua Dasar Pandang ke Timur dalam bidang seperti pengurusan ekosistem selamat, boleh dipercayai dan tenaga boleh baharu, menangani pergantungan kepada bahan api fosil dan meningkatkan pengurusan bekalan air serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bidang yang dikuasai Jepun sekian lama.

Jepun juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia sejak tahun 1980-an. Tahun lepas, pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan sahaja bernilai US$1 bilion.

Pada 2011, jumlah pelaburan yang diluluskan dari Jepun sebanyak RM10.1 bilion manakala pada 2012 sebanyak RM2.79 bilion.

Syarikat-syarikat Jepun membuat sumbangan besar dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia, terutama dalam sektor automotif, tenaga boleh baharu, industri hijau dan bioteknologi.

Kini merupakan masa yang sangat kondusif bagi kedua-dua pihak yang dapat memacu dan meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan ketika Malaysia melalui era transformasi di bawah kepimpinan Najib dan Jepun di bawah Abe, yang sedang melalui 'Abenomics' - Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Abe, selepas mengambil alih jawatan kira-kira setahun lepas, yang menyediakan ruang dan dorongan untuk perubahan dalam ekonomi negara itu.

Jelas, hubungan dua hala Malaysia-Jepun, sama ada politik atau perdagangan, ekonomi dan pelaburan, sudah bersedia untuk berkembang dalam tahun-tahun mendatang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan