Jejantas Merentangi Jalan Utama Bukit Tunggal Siap Dibina

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pembinaan jejantas yang merentangi jalan utama Kuala Terengganu-Kota Baharu di Kampung Bukit Tunggal di sini, mampu mengatasi masalah kemalangan jalan raya terutama melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah di kawasan Bukit Tunggal.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Terengganu Ahmad Shahrom Yasin berkata, sebelum ini orang ramai dan pelajar sekolah berkenaan terpaksa menyeberangi jalan utama itu untuk ke sekolah masing-masing yang terletak bersebelahan jejantas berkenaan.

"Syukurlah jejantas jenis pasang siap sepanjang 194 meter melibatkan kos RM3.22 juta itu dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

"Dengan adanya jejastas itu, ia mampu mengatasi kemalangan yang sering berlaku di kawsasan berkenaan. Kita harap orang ramai terutama pelajar dapat menggunakan jejantas itu dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan jejantas berkenaan oleh Penolong Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu Kamaruddin Alwi kepada JPP di sini Isnin.

Katanya, dengan siapnya jejantas berkenaan, ia menjadi mercu tanda kepada Bukit Tunggal dan daerah baru Kuala Nerus yang akan muncul sebagai daerah baharu di negeri itu tidak lama lagi.

Jejantas itu dibina pada Julai tahun lepas setelah mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melawat kawasan itu pada 2011.

Sementara itu Ahmad Shahrom berkata, JPP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM24 juta kepada negeri Terengganu sepanjang tahun ini bagi pembinaan projek-projek kecil.

Katanya, antara projek yang dilaksanakan di negeri itu dalam tempoh berkenaan termasuk membina jalan kampung, jalan pertanian, membaiki surau dan masjid. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan