Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Daun Ketum

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.

"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum," katanya.

Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.

Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.

Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.

Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan