Insinerator Akan Dibina Di Tanah Merah, Port Dickson

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamad Hasan.
Mohamad Hasan.

SEREMBAN: Sebuah insinerator berteknoloji tinggi bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal akan dibina di tapak seluas 40 hektar di Tanah Merah, Port Dickson, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata insinerator, model sama yang digunakan di kebanyakan negara maju, dijangka beroperasi pada 2015 dan akan menampung pelupusan sampah dari daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Kita memerlukan insinerator ini kerana tapak pelupusan sampah sedia ada tidak boleh menampung lagi dari segi jumlah kapasiti dan juga membahayakan kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) semasa membahaskan usul Belanjawan 2014 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, Isnin.

Mohamad berkata, insinerator itu akan dikendalikan oleh Cypark Resources Berhad dan ia mempunyai kemudahan menghasilkan tenaga biogas yang memberikan aliran tenaga diperbaharui bagi kegunaan penduduk kawasan sekitar.

"Kemudahan insinerator ini lebih selamat dan efisyen serta tidak memudaratkan kesihatan penduduk," katanya sambil menjelaskan 80 peratus tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah lama sudah ditutup antaranya di Bukit Palong, Sua Betong, Pajam dan Kuala Sawah.

Katanya, kerajaan negeri juga turut mewartakan tapak pelupusan sampah yang ditutup dengan tidak dibenarkan sebarang projek pembangunan di kawasan berkenaan bagi tempoh 25 tahun.

"Ini adalah kerana gas 'methane' yang terhasil dari bawah tanah di tapak pelupusan sampah kaedah timbus itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, pembinaan insinerator baharu itu telah mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan