GST Akan Kurangkan Aliran Keluar Kewangan Haram - BNM

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu aliran keluar kewangan haram akan dikurangkan dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan nilai tokok pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah aktiviti haram bagi mengurangkan aliran kewangan seperti ini.

"Menyedari kepentingan menangani aliran kewangan yang berkaitan dengan aktiviti luar aturan (irregular activities), usaha berterusan yang konkrit dan bersepadu antara agensi penguatkuasaan termasuk agensi merentas sempadan akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem kewangan Malaysia berintegriti dan stabil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

BNM berkata, laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun.

Menurut bank pusat itu, laporan itu memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.

"Bagaimanapun, anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong.

"Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus," kata BNM.

Laporan itu juga menganggarkan sebanyak 20 peratus daripada aliran keluar haram merupakan pindahan perolehan yang tidak direkodkan melalui saluran tidak rasmi.

"Bagi ekonomi yang sangat terbuka seperti Malaysia dengan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162 peratus daripada KDNK, pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku.

"Yang penting, tidak keseluruhan anggaran E&O disebabkan oleh aktiviti haram dan perangkaan rentas sempadan Malaysia telah secara konsisten memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

"E&O dan BoP, khususnya, berpurata pada 2 peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak 5 peratus yang ditetapkan oleh IMF,' kata BNM.

Pada 1 Mac tahun ini, BNM telah mengeluarkan siaran akhbar yang memberikan makluman terkini berhubung dengan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi Peringkat Tinggi.

"Ini termasuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan, memperhebat usaha penguatkuasaan dan mempertingkat mekanisme pengawasan. Langkah-langkah ini telah memberikan hasil positif dan akan terus diperhebat," tegas BNM. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan