ETP Tarik RM220 Bilion Pelaburan Dalam Tempoh Tiga Tahun - PM

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya menarik pelaburan bernilai RM220 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata komitmen pelaburan RM220 bilion itu diunjur menyumbang RM144 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), mewujudkan 435,000 pekerjaan baharu dan menjana kesan yang akan mewujudkan aktiviti ekonomi yang lebih luas dalam negara.

"Ketika kita mengakhiri 2013 dan melihat kembali transformasi ekonomi negara sepanjang tiga tahun lepas, saya gembira mengumumkan bahawa 195 projek sudah dilancarkan menerusi Bidang ekonomi Utama Negara 2010," kata Perdana Menteri pada acara 'ETP Kini 3 tahun' di sini Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga sudah mengenal pasti usaha untuk menarik 13 syarikat multinasional besar untuk menempatkan operasi mereka di Kuala Lumpur tahun depan.

Enam multinasional antarabangsa dengan unjuran perolehan minimum US$600 juta berpotensi membuka operasi dagangan mereka dalam negara, katanya.

Mengenai pertumbuhan negara, Najib berkata Malaysia menyasarkan untuk mencapai antara lima dan 5.5 peratus keluaran dalam negara kasar tahun depan, dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 12.7 peratus kepada RM153 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan