Banjir Di Pahang Semakin Pulih, Mangsa Kini 2,806 Orang

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 2,806 setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,543 orang pada 8 malam Ahad.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 688 keluarga itu ditempatkan di 27 pusat pemindahan membabitkan 28 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi mangsa banjir masih direkodkan di Pekan iaitu 2,028 orang daripada 497 keluarga yang ditempatkan 21 pusat pemindahan berbanding 2,578 orang daripada 635 keluarga di 29 pusat pemindahan pada sebelah malam.

Di Kuantan masih kekal dengan 640 orang daripada 164 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 138 orang daripada 27 keluarga berbanding 325 orang daripada 76 keluarga di tiga pusat pemindahan yang masih dibuka. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan