Video Pelajar Kolej Dibuli Tersebar - Berita Semasa | mStar

Video Pelajar Kolej Dibuli Tersebar

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakaman video seorang pelajar kolej dibuli tersebar di laman sosial Facebook, sejak ia dimuat naik, pagi Sabtu.

Video tersebut sebelum ini dimuat naik di YouTube, telah dibuang dari oleh pengendali laman web video berkenaan atas kesalahan memuat naik kandungan yang bercorak mengancam, buli atau menakutkan.

Bagaimanapun video berkenaan, dimuat naik di Facebook dan tersebar secara meluas.

Rakaman video tersebut memaparkan, sekumpulan pelajar wanita sedang membuli seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta tempatan.

Pelajar berkenaan dilihat diganggu oleh seorang wanita yang berpakain berwarna ungu yang menuduh mangsa telah mencuri wangnya.

Mangsa mendakwa pelajar berkenaan mencuri duitnya kerana dia dilihat seperti 'seorang pencuri' dan datang dari 'keluarga yang berkasta rendah.'

Pada minit ke-16 klip video berkenaan, pembuli didengar menghina mangsa dengan menggunakan bahasa lucah, menamparnya berulang kali serta memukul dia dengan satu botol plastik kosong.

Suspek juga dilihat menarik rambut mangsa.

Sementara rakan-rakannya yang lain dilihat hanya ketawa terbahak-bahak sambil merakamkan kejadian buli berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.

Pada satu ketika, ketua kumpulan buli berkenaan mencari dilihat mencari objek untuk memukul mangsa namun ia berjaya ditahan oleh seorang pelajar perempuan lain.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di bilik asrama kolej berkenaan.

Ketua kumpulan berkenaan kemudiannya menelefon ibunya dan memberitahu situasi yang berlaku melalui pembesar suara.

Ibu pelajar berkenaan kemudiannya berkata kepada mangsa "Saya akan tumbuk muka anda' dan "Saya akan dapat ke asrama dan mengajar anda di sana".

Mangsa yang tidak berdaya itu dilihat menangis dan akhirnya meminta maaf serta mengakui dia melakukan kesilapan.

Walaupun mangsa memohon maaf, aksi dalam video berkenaan bertukar ganas apabila seorang lagi pelajar yang memakai baju berwarna hitam dilihat mula memukul mangsa.

Mangsa yang sebelum ini hanya berdiam diri, cuba melawan balik namun tidak berjaya.

Rakaman video tersebut berakhir dengan adengan pembuli meningatkan mangsa agar berhati-hati dan tidak bertindak di luar batasan kerana akibatnya sangat buruk.

Sehingga berita ini ditulis, pihak pengurusan kolej tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai isu berkenaan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan