Tun Zaki Azmi Dilantik Hakim Mahkamah Kewangan Dubai

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tun Zaki Azmi.
Tun Zaki Azmi.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai hakim di Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Zaki mengangkat sumpah pada 10 Disember lalu di Dubai bersama dengan Hakim Shamlan Al Sawalehi dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Roger Giles, Peguam Queen dari Australia.

Zaki ketika dihubungi berkata, ia merupakan satu penghormatan apabila dilantik oleh Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan bagi pelantikannya.

"Saya percaya Malaysia dipilih kerana mereka mengiktiraf integriti kehakiman hakim negara.

"Insya-Allah, peranan saya ini akan membolehkan saya untuk menyumbang dan menyampaikan yang terbaik demi kepentingan khasnya buat Mahkamah DIFC khas Emirates secara amnya."

Zaki merupakan rakyat Malaysia kedua berkhidmat di Mahkamah DIFC.

Rakyat Malaysia pertama ialah Tan Sri Siti Norma Yaakob pada 2008, selepas bersara sebagai Hakim Besar Malaya pada 2007.

Siti Norma, yang berkhidmat dengan Mahkamah DIFC sehingga tahun ini merupakan hakim wanita pertama dilantik oleh Mahkamah itu.

Menurut laman web DIFC itu, Mahkamah DIFC mengamalkan sistem kehakiman bebas di kawasan kewangan berkenaan.

Ia mengamalkan satu "sistem kehakiman undang-undang biasa yang mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas semua pertikaian sivil dan komersial di dalam kawasan kewangan DIFC, termasuk badan-badan dan syarikat yang berdaftar di DIFC."

Mahkamah itu, yang mempunyai panel yang terdiri daripada hakim-hakim terkenal di peringkat perdagangan dan undang-undang sivil antarabangsa, berkhidmat untuk memastikan standard tertinggi dalam prosedur undang-undang "supaya ia memberikan kepastian, fleksibiliti dan kecekapan yang dijangkakan oleh institusi global yang beroperasi di DIFC."

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan