Pakatan Rakyat Tidak Wajar Teruskan Dasar Populis Di Selangor - Teng

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri itu, kata Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.

"Kerajaan (negeri) perlu mengajar rakyat memancing ikan supaya mereka boleh makan ikan setiap hari, bukannya memberi mereka makan ikan sahaja," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen DAP Selangor ke-17 di sini, Ahad.

Teng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, menarik perhatian bahawa setelah lima tahun memerintah, hanya antara empat dan 10 peratus daripada belanjawan untuk semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor digunakan untuk tujuan pembangunan.

Sementara itu, anggota Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dipilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru di konvensyen parti itu, sementara MP Puchong Gobind Singh Deo terpilih sebagai timbalan pengerusi.

Speaker Dewan Negeri, Hannah Yeoh Tseow Suan menyertai Teng sebagai naib pengerusi.

Sejumlah 699 dari 1,221 perwakilan parti menghadiri konvenseyn itu. Sejumlah 687 perwakilan mengundi memilih jawatankuasa DAP Selangor.

Tiga puluh lima calon bertanding untuk 15 tempat dalam jawatankuasa parti di konvensyen dwi-tahunan itu.

Sesi perbahasan tertumpu kepada mengkritik Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan