Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 4,751 berbanding 5,225 orang pada sebelah malam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi Ahad, kesemua mangsa banjir daripada 1,197 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan dari 57 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan namun jumlahnya berkurangan kepada 3,602 orang daripada 909 keluarga berbanding 4,076 orang daripada 1,100 keluarga malam tadi, di 45 pusat pemindahan.

Kuantan masih kekal dengan 736 orang daripada 188 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 413 orang daripada 100 keluarga di lima pusat pemindahan yang masih dibuka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan