Jenice Lee Dilarang Hadiri Konvensyen DAP - Berita Semasa | mStar

Jenice Lee Dilarang Hadiri Konvensyen DAP

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jenice Lee.
Jenice Lee.

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee, yang dipecat sebagai ahli DAP, membidas tindakan parti itu melarang beliau menghadiri konvensyen negeri sebagai pemerhati.

Lee mendakwa beliau telah memohon untuk menghadiri konvensyen tersebut sebagai pemerhati lima minggu lalu tetapi tidak mendapat sebagai maklum balas.

"Memikirkan ia tidak menjadi masalah, saya masuk ke dalam dan terkejut apabila beberapa pegawai menyuruh saya berhenti.

"Adalah tidak masuk akal untuk menghalang saya apabila beberapa wartawan dibenarkan untuk masuk.

"Saya boleh faham jika ruang tidak cukup tetapi dewan kelihatan kosong dan terdapat banyak tempat duduk kosong," kata Lee yang tiba di dewan konvensyen pada pukul 9 pagi.

Lee mengkritik parti itu kerana tidak menyenaraikan namanya dalam senarai kehadiran ke konvensyen tersebut.

"Berlaku beberapa pembohongan atau jika tidak mereka tidak akan membuang nama saya dalam senarai kehadiran konvensyen parti sebelum ini," katanya.

Ketua Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo berkata beberapa pegawai yang menjaga pintu masuk telah menjalankan tugas mereka dengan tidak membenarkan Lee memasuki dewan itu kerana beliau telah dipecat daripada parti.

"Hanya ahli DAP, perwakilan dan tetamu jemputan boleh memasuki dewan sebagai pemerhati.

"Jawapan mudah kami ialah keahlian Lee telah diuruskan oleh jawatankuasa disiplin. CEC telah mengekalkan keputusan bahawa beliau bukan lagi ahli parti," kata Gobind.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan