UniMAP Rintis Kerjasama Dengan IPT Terkemuka Turki

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin (depan, kanan) bersama Rektor Yildiz Technical University (YTU), Prof Dr Ismail Yuksek bertukar dokumen selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua universiti itu, Sabtu. -fotoBERNAMA
Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin (depan, kanan) bersama Rektor Yildiz Technical University (YTU), Prof Dr Ismail Yuksek bertukar dokumen selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua universiti itu, Sabtu. -fotoBERNAMA

ISTANBUL: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Sabtu merintis kerjasama akademik dan penyelidikan dengan Yildiz Technical University (YTU), sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di Turki yang berpusat di Istanbul.

YTU yang berusia lebih 100 tahun adalah institusi pengajian tinggi pertama di Turki yang menjalin kerjasama dengan UniMAP, sebuah universiti yang bertapak di Perlis dan kini sedang melonjak namanya di arena antarabangsa melalui kegiatan penyelidikan.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berlangsung di YTU dengan UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin manakala YTU diwakili rektornya, Prof Dr Ismail Yuksek.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP turut berangkat menyaksikan majlis menandatangani memorandum itu.

Majlis itu berlangsung sempena program Jelajah Ilmu UniMAP ke Turki selama lima hari bermula Selasa lalu yang disertai 30 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2012/2013 serta beberapa pegawai kanan universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah pada majlis itu mempelawa Turki menghantar lebih ramai pelajarnya ke Malaysia kerana yuran pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia yang kompetitif berbanding negara lain.

Selain itu, bahasa pengantar di kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia adalah bahasa Inggeris selain faktor makanan halal yang mudah didapati.

Tuanku Syed Faizuddin turut mencadangkan pihak Malaysia dan Turki mencari jalan memperkukuh jambatan ilmu yang menghubungkan kedua buah negara termasuk menyelaras kurikulum pengajian bagi memastikan lebih ramai pelajar menepati kelayakan umum kemasukan universiti di kedua buah negara.

Titah baginda, setakat ini hanya 30 pelajar Malaysia berada di Turki berbanding 300 pelajar Turki di Malaysia.

Baginda bertitah, setiap tahun kerajaan Turki menawarkan biasiswa kepada pelajar luar negara termasuk Malaysia terutama dalam bidang pengajian sains sosial di peringkat ijazah yang secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai pelajar asing menguasai bahasa Turki.

Turut hadir pada majlis menandatangani memorandum itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Fo'ad Sakdan dan Dekan Hal Ehwal Pelajar universiti itu, Prof Madya Razli Ahmad. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan