Tiada Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Takut Dengan Kami - Pekerja Asing

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Ramai pekerja asing di sini berkata tiada apa-apa yang perlu ditakutkan oleh rakyat Malaysia terhadap mereka, sambil menambah sebarang keganasan atau masalah dalam komuniti mereka tidak akan menjejaskan atau memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Penjual daun sirih dari Myanmar yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmed, 43, berkata warga asing bergaduh antara satu sama lain berkaitan persaingan dalam pekerjaan atau sukar mendapat kerja.

"Kadang-kadang anda perlu mengambil cuti sehari di tempat kerja kerana sakit dan disebabkan itu bos akan mengisi jawatan anda dengan orang lain.

"Ini membawa kepada pergaduhan mengenai tugas yang telah diambil alih," katanya di gerainya di sini.

Katanya sesetengah majikan Malaysia tidak peduli siapa yang bekerja dalam perniagaan mereka dan sentiasa mengisi kekosongan tugas atau jawatan setiap kali ada kekosongan.

Penjual sayur-sayuran dari Myanmar, Harun Syah, 32, berkata pekerja asing memilih untuk tidak berdepan dengan bos mereka, walaupun tempat mereka telah digantikan.

"Ia boleh jadi 'salah bos'."

Ahmed dan Harun, masing-masing terkejut mendengar mengenai kejadian rusuhan di Singapura pada 8 Disember lalu dan tertanya-tanya bagaimana pekerja asing boleh mengamuk dan menyerang polis.

Lebih daripada 400 warga asing merusuh selama kira-kira dua jam di Little India di daerah republik itu dengan menyerang polis dan membakar beberapa kenderaan.

The Star, pada Jumaat melaporkan bahawa polis dan Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga berikutan rusuhan itu dan agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri sedang memantau kawasan di seluruh negara di mana pekerja asing berkumpul.

Pekerja-pekerja asing yang ditemuramah di sini berkata, mereka tidak faham bagaimana rakan-rakan mereka di Singapura boleh merusuh.

"Kehidupan kita lebih baik di sini berbanding di negara kita sendiri. Ia bukanlah sangat bagus tetapi kita boleh menjalani kehidupan," kata Harun.

"Mengapa mereka melakukan sesuatu seperti itu?."

Seorang jurujual wanita Malaysia yang hanya dikenali sebagai Putri,36, berkata, pekerja asing yang tinggal berhampiran rumahnya tidak pernah memberikan keluarganya sebarang masalah.

"Kadang-kadang mereka juga membantu kami," tambah beliau.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan