Skim Mikro-Francais Sasar 100 Peserta Wanita Sebagai Permulaan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rohani ketika menghadiri majlis penutup Mesyuarat Jawatankuasa Asean mengenai Wanita (ACW) di Kuala Lumpur, Jumaat. -foto THE STAR
Rohani ketika menghadiri majlis penutup Mesyuarat Jawatankuasa Asean mengenai Wanita (ACW) di Kuala Lumpur, Jumaat. -foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bakal melancarkan skim mikro-francais dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada peringkat permulaan kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 100 peserta wanita menyertai program itu.

"Ia adalah projek perintis...yang akan mempunyai prosedur ketat iaitu francaisi mesti mematuhinya," katanya dalam sidang media selepas majlis penutup Mesyuarat Jawatankuasa Asean mengenai Wanita (ACW) di sini Jumaat.

Memandangkan francais dikaitkan dengan syarikat berskala besar seperti firma makanan segera yang memerlukan pelaburan besar, kementerian menyasarkan inisiatif francais skala lebih kecil.

Rohani berkata kerajaan melancarkan beberapa program untuk memperkasakan wanita dari segi ekonomi seperti program 1Azam di bawah Program Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

"Sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga Ogos tahun ini, sejumlah 132,511 peserta menyertai program 1Azam, iaitu 65.42 peratus adalah peserta wanita," kata Rohani.

Terdahulu beliau melancarkan buku bertajuk 'Good Practices on Eliminating Violence Against Women and Children', satu daripada projek di bawah Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ACWC) Pelan Kerja Lima Tahun (2012-2016).

Menghimpunkan amalan baik oleh negara anggota Asean dalam menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, buku itu akan diedarkan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kedutaan, badan profesional, organisasi antarabangsa dan kementerian di negara ini.

"Kita mencetak 10,000 naskhah buku ini dengan harapan untuk berkongsi bagaimana keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak boleh dihapuskan. Orang ramai juga boleh memuat turun salinan ini dalam format pdf daripada laman web kementerian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan