Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun Bermula, Najib Sampaikan Ucapan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menyertai Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun di Geihinkan State Guest House, Akasaka Palace di Tokyo, Sabtu. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menyertai Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun di Geihinkan State Guest House, Akasaka Palace di Tokyo, Sabtu. -fotoBERNAMA

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara para pemimpin Asean yang akan menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun di sini pagi Sabtu.

Sidang kemuncak sehari itu bermula dengan ucapan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Geihinkan State Guest House, Akasaka Palace diikuti sesi bergambar para pemimpin, yang berhimpun di sini bagi menandakan ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun.

Kemudiannya Najib yang berada di sini sejak Khamis akan menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren) dan Dewan Perdagangan dan Industri Jepun (JCCI).

Sidang akhbar bersama juga akan diadakan oleh Abe dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada akhir sidang kemuncak itu.

Para pemimpin 10 negara anggota Asean dan Jepun juga dijangka menekankan hubungan rapat yang telah lama terjalin selain menandatangani tiga dokumen yang menggariskan program dan aktiviti bagi memperkukuh hubungan mereka pada sidang kemuncak itu.

Dokumen berkenaan ialah Pernyataan Visi Persahabatan dan Kerjasama Asean-Jepun, Pelan Pelaksanaannya, dan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Asean-Jepun.

Perkongsian kerjasama Asean dan Jepun bermula pada 1973 dengan wujudnya Forum Mengenai Getah Sintetik Asean-Jepun.

Sejak itu, Asean dan Jepun menjalin kerjasama ke arah keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran di rantau ini dengan penekanan terhadap kerjasama ekonomi.

Asean atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Najib juga dijadual mengadakan sidang akhbar untuk wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau di New Otani Hotel di sini.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis makan malam di Imperial Hotel dan mereka dijadual pulang ke tanah air malam ini dari sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan