Najib Sifatkan Persidangan Kemuncak Peringatan Asean-Jepun Berjaya

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak peringatan Asean Jepun yang menandakan ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun, yang berakhir di Tokyo hari ini sebagai berjaya. Menurutnya persidangan kali ini juga meletakkan Jepun secara berterusan sebagai rakan kongsi yang sangat penting bagi Asean. "Malaysia amat puashati dengan hasil summit...saya percaya hubungan Asean- Jepun dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel New Otani di sini.

Najib yang berada di sini sejak Khamis lepas dalam lawatan kerja berkata beliau anggap lawatan ini juga sangat bermanfaat kerana dalam konteks Asean beliau dapat mengadakan mesyuarat dua hala (bilateral) dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe paling awal di kalangan pemimpin negara Asean yang lain.

"Bererti kita dapat tumpuan lebih...media dan sebagainya...Jepun juga tunjuk minat pada pembangunan Malaysia termasuk projek ETP (Program Transformasi Ekonomi)," kata Perdana Menteri. Pada Khamis lepas Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Shinzo Abe, di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Jepun itu.

Najib berkata wujud juga minat begitu tinggi syarikat Jepun terhadap projek infrastruktur dan juga projek berteknologi tinggi tertentu seperti coal-fired technology (teknologi menggunakan arang batu).

="Mesej yang saya sampaikan kepada komuniti (perniagaan) Jepun...supaya memberi tumpuan bidang teknologi nilai tinggi...tidak lagi (projek) intensif buruh," kata Najib.

Asean atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan