Najib Cadang Dua Cara Tingkat Perjuangan Bagi Keamanan & Kestabilan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mencadangkan dua cara bagi usahasama strategik Asean Jepun untuk meningkatkan perjuangan bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini dan ia termasuk usaha memperkukuh pendekatan berasaskan peraturan bagi menguruskan hubungan antara negara di rantau ini.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun sempena ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun di sini hari ini, Perdana Menteri berkata pengukuhan peraturan dan norma akan membolehkan ketelusan dan ramalan yang dapat menggalakkan kepercayaan strategik.

Najib mengemukakan cadangan itu serta perkara-perkara penting lain dalam intervensi beliau pada sidang kemuncak itu yang dihadiri Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pemimpin-pemimpin lain Asean.

"Saya menyentuh mengenai kepentingan pembinaan institusi untuk memperkukuhkan Asean...anda perlu perkukuh ini...berasaskan peraturan dan ini termasuk peraturan undang-undang...ini perlu menjadi asas dalam penyelesaian masalah dalam Asean," kata Najib, yang berada di sini sejak Khamis bagi lawatan kerja sempena sidang kemuncak sehari itu.

Najib berkata beliau turut mencadangkan agar usahasama antara Asean dan Jepun perlu diperluaskan lagi daripada sekadar membabitkan perkara kepentingan bersama.

"Saya menyentuh mengenai perlunya untuk kita melihat kepada nilai-nilai bersama, bukan hanya kepentingan bersama," katanya.

Najib berkata untuk berbuat demikian, mereka perlu terlebih dahulu mengenal pasti nilai-nilai berkenaan, dan menurutnya beliau percaya kesederhanaan adalah satu daripada contoh nilai itu.

Perdana Menteri Malaysia berkata beliau juga menyentuh mengenai Doktrin Fukuda dengan beliau mengimbas semula sejarah doktrin itu.

"Hakikat kerajaan Jepun berikutnya terus komited dengan komitmen dibuat oleh Fukuda pada ketika orang tidak dapat membayangkan bahawa Asean akan muncul sebagai satu kuasa seperti hari ini...hari ini Jepun merupakan rakan dialog pertama dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan Asean. Itu sendiri amat penting," katanya.

Doktrin Fukuda, berasaskan ikrar dibuat Perdana Menteri Jepun ketika itu Takeo Fukuda, telah menjadi kerangka rasmi dasar luar Jepun terhadap Asia Tenggara sejak 1977.

Dalam ikrarnya kepada pemimpin dan rakyat Asean pada Ogos 1977 di Manila, beliau antara lain mengikrarkan bahawa Jepun akan sentiasa menjadi rakan kongsi baik Asean, berjalan seiringan dengan perkumpulan serantau itu dan rantau ini.

Najib berkata beliau turut menyentuh mengenai rancangan Jepun untuk menjadikan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hab pendidikan teknologi bagi Asean serta tawaran Jepun untuk memberi biasiswa kepada pelajar Asean.

- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan