Jumlah Mangsa Banjir di Pahang Terus Berkurangan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kesemua pusat pemindahan di Bera ditutup 4 petang tadi dengan jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang menurun kepada 5,494 berbanding 5,870 orang pada sebelah pagi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua 63 mangsa daripada 14 keluarga di dua pusat pemindahan di Bera iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dan Sekolah Kebangsaan Charok Puting dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 4 petang tadi.

Katanya, sehingga 5 petang ini kesemua mangsa banjir daripada 1,404 keluarga itu masih ditempatkan di 48 pusat pemindahan membabitkan 40 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Daerah Pekan masih merekodkan jumlah penempatan mangsa tertinggi iaitu 4,296 orang di 37 pusat pemindahan disusuli Kuantan 736 mangsa di empat pusat pemindahan dan Maran 462 orang di tujuh pusat pemindahan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan