Bantuan Banjir RM500 Diagih Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Depan - PM

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MESRA…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendukung adik Mohd Syafiq Salman, 2, ketika beramah mesra dengan mangsa banjir semasa melawat Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir dekat Kuantan, baru-baru ini. -fotoBERNAMA
MESRA…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendukung adik Mohd Syafiq Salman, 2, ketika beramah mesra dengan mangsa banjir semasa melawat Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir dekat Kuantan, baru-baru ini. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan khas RM500 bagi mangsa banjir akan diagihkan kepada mangsa selewat-lewatnya hujung minggu depan.

Beliau berkata pengagihan bantuan itu akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Dalam usaha membantu mangsa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara turut menawarkan khidmat baik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir.

"Diharap usaha-usaha ini dapat membantu mangsa banjir dalam menjalani kehidupan seharian apabila keadaan pulih seperti sediakala nanti," katanya dalam entri terbaru di laman Facebook beliau, Jumaat.

Pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.

Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan disifatkan antara yang terburuk pernah melanda negara membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.

Setakat ini, Pahang mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai yang masih berada di pusat-pusat penempatan, sementara situasi di tiga negeri lain semakin pulih. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan