Banjir Di Terengganu Pulih, Mangsa Banjir Meningkat Sedikit Di Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu kembali pulih setelah 22 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Marang pulang ke rumah masing-masing malam Jumaat.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Marang merupakan daerah terakhir di negeri ini bebas daripada musibah itu. Banjir yang melanda Terengganu sejak 2 Disember lepas menyebabkan daerah Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Setiu terjejas.

Di PAHANG, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu bertambah sedikit kepada 5,870 berbanding 5,566 orang yang direkod malam Jumaat.

Ini berikutan air banjir yang mula surut di kawasan hulu Pahang mengalir ke daerah Pekan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi Sabtu, kesemua mangsa banjir daripada 1,497 keluarga itu ditempatkan di 55 pusat pemindahan dari 48 penempatan di empat daerah yang terjejas akibat banjir.

Daerah Pekan masih merekodkan jumlah penempatan mangsa tertinggi iaitu 4,,347 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (736 orang di empat pusat), Maran (724 di 12 pusat) dan Bera (63 di dua pusat). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan