Zahid Minta Penganut Syiah Secara Keturunan Tidak Sebar Fahaman

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Golongan penganut ajaran Syiah secara keturunan diminta tidak menyebarkan fahaman itu kepada umat Islam yang lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga menyarankan kumpulan terbabit memaklumkan aktiviti keagamaan mereka kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan segera.

"Ada pecahan dalam Syiah termasuk kumpulan Buhra...mereka lakukan amalan dalam kumpulan itu tanpa sebarkan kepada kumpulan lain. "Saya tak kata ia (amalan Syiah) dibolehkan kerana itu bidang kuasa Jakim, tapi saya fikir elok jika kumpulan berkenaan dapat beritahu kepada Jakim bahawa mereka bergiat di sekitar ahli-ahli mereka dan tidak berhajat melakukan aktiviti penyebaran mengikut anutan mereka," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di sini, malam Khamis.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ajaran Syiah yang diikuti secara keturunan, termasuk oleh masyarakat India, boleh terus diamalkan di negara ini.

Terdahulu, dalam program itu beliau berkata kementerian akan terus meningkatkan usaha membendung penularan ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat Malaysia.

Tegas Ahmad Zahid, beliau khuatir perkara itu akan memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan mendorong kepada perang saudara seperti yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan