Ramai Majikan Tidak Patuhi Dasar Gaji Minimum - MTUC

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendedahkan ada majikan di negara ini menipu pekerja dengan mencampurkan bayaran elaun dan kerja lebih masa bersama-sama gaji pokok untuk memenuhi peruntukan gaji minimum RM900.

Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata, kajian MTUC itu juga mendapati banyak syarikat, terutama syarikat kecil, membayar kurang daripada RM900 sebulan termasuk elaun.

Sehubungan itu MTUC mencadangkan Kementerian Sumber Manusia menubuhkan jawatankuasa membabitkan tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja di semua 72 pejabat tenaga kerja bagi memantau pelaksanaan dasar yang dikuat kuasa 1 Januari lalu, katanya kepada Bernama di sini.

Jawatankuasa itu juga katanya perlu berperanan sebagai pusat sehenti untuk menyelesaikan aduan pekerja tempatan dan asing.

Menteri berkenaan, Datuk Richard Riot sebelum ini dilapor berkata, pelaksanaan gaji minimum iaitu RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 bagi Sabah, Labuan dan Sarawak, akan dilaksana sepenuhnya bermula 1 Januari depan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan