Program Angkasawan Kedua Akan Diteruskan - Ewon Ebin

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Program misi menghantar angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan penyelidikan saintifik akan diteruskan dan tarikhnya akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata misi angkasa lepas kedua itu mendapat kerjasama Rusia, Jepun dan beberapa negara lain.

"Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan misi angkasa lepas kedua ini, buat masa ini, kementerian menerusi agensinya akan menganjurkan program-program kesedaran mengenai tujuan sebenar misi menghantar angkasawan kedua ke ISS dan implikasinya dari segi pembangunan sains dan teknologi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pameran Angkasawan bertema 'Memacu Aspirasi' selama sehari anjuran MOSTI dan Yayasan Angkasawan Malaysia di Pusat Maritim di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalannya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Angkasawan kedua Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.

"Kementerian kini sedang merangka perincian-perinciannya menerusi perjumpaan, perbincangan dan perundingan bersama para saintis, ahli akademik, anggota politik, orang awam dan mereka yang berkaitan dalam menentukan apakah jenis penyelidikan yang sesuai dilakukan dalam misi angkasawan negara kedua ini nanti.

"Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan menentukan pengisian programnya demi memastikan ia membawa hasil kepada negara kerana orang ramai akan bertanya mengenai apakah hasil yang diperoleh dalam program angkasawan ini setelah membelanjakan wang yang banyak," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata program pameran ini dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan melakukan penyelidikan di angkasa lepas dan pada masa yang sama Ewon menyeru pihak swasta memberi sokongan dan sumbangan dalam program angkasawan negara itu kerana ia dapat memberi sumbangan menerusi hasil penyelidikan saintifik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan