PM Lancar Pusat Outreach IM4U Di Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jepun yang menyertai iM4U melaungkan 1Malaysia pada majlis pelancaran iM4U Outreach Centre di Jepun, malam Khamis. - FotoBERNAMA
Najib bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jepun yang menyertai iM4U melaungkan 1Malaysia pada majlis pelancaran iM4U Outreach Centre di Jepun, malam Khamis. - FotoBERNAMA

TOKYO: Datuk Seri Najib Tun Razak malam Khamis secara rasminya melancarkan Pusat Outreach iM4U, Jepun dalam satu upacara simbolik di Hotel New Otani di sini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi iM4U menandatangani plak rasmi pelancaran serta menyampaikan cek bernilai Yen320,000 (kira-kira RM10,000) kepada pusat itu.

Mohd Khairul Qayyum Mohd Katman, Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Jepun (MSAJ) menerima cek itu bagi pihak pusat itu.

Menerajui pusat itu ialah MSAJ yang mempunyai lebih 1,200 anggota dari lima divisyen di seluruh Jepun.

Menurut anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, iM4U berbesar hati dapat mendekati dan berinteraksi dengan belia Malaysia di Jepun.

Antara lain, pasukan Pusat Outreach iM4U MSAJ, Jepun telah memulakan projek pek hadiah iM4U dengan para sukarelawan menyediakan pek untuk diagihkan kepada audien pada konsert Krismas untuk kanak-kanak kurang upaya dan penggemar muzik anjuran Shinjuku Foundation for the Creation of Future.

Najib dalam ucapan ringkasnya di majlis itu berkata dalam membangunkan negara, ia memerlukan generasi muda yang memiliki nilai kemurnian tinggi serta cara berfikir yang boleh beri sumbangan besar kepada negara.

"Dan cara kita bangunkan sistem nilai murni adalah melalui program seperti ini (program sukarelawan). Bila jadi ahli sukarelawan, kita tunjuk rasa perhatian kepada mereka (masyarakat) dan sanggup memberi sesuatu kepada komuniti," katanya.

Najib berkata masyarakat Jepun akan tentunya menghargai segala program sukarelawan yang dibuat ini dan aktiviti sukarelawan menggambarkan satu sikap yang amat baik.

"Sikap seperti ini jadikan kita manusia yang lebih prihatin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan