Malaysia Sudah Laksana 88% Langkah Ke Arah Integrasi Asean - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucaptama sempena perasmian Persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) di Imperial Hotel, di Tokyo, Jumaat. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucaptama sempena perasmian Persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) di Imperial Hotel, di Tokyo, Jumaat. -fotoBERNAMA

TOKYO: Malaysia sudah melaksanakan 88 peratus daripada langkah yang diperlukan dalam mengintegrasi rantau Asean menjadi Komuniti Ekonomi Asean (AEC) 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pada keseluruhannya, semua 10 negara anggota Asean telah melaksanakan 80 peratus daripada langkah terbabit. "Kita mencatatkan perkembangan memberangsangkan ke arah AEC," katanya dalam ucaptama ketika perasmian Persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) di Imperial Hotel di sini pada Jumaat.

Najib tiba di sini pagi semalam bagi melakukan lawatan kerja bersempena Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Asean-Jepun esok.

AEC antara lain menyasarkan untuk menjadi pangkalan pengeluaran dan pasaran tunggal, serta sebuah rantau ekonomi yang tinggi daya saingnya dengan pembangunan ekonomi sama rata serta berintegrasi sepenuhnya dengan ekonomi global.

Dengan lain perkataan, AEC akan merubah Asean dengan kira-kira 600 juta penduduknya kepada sebuah rantau yang bebas dari segi pergerakan produk, perkhidmatan, pelaburan serta tenaga kerja mahirnya selain meningkatkan kebebasan aliran modal.

Najib berkata ada yang meragui keupayaan Asean merealisasikan AEC menjelang 2015 namun katanya menambah kritikan itu selalunya didasarkan kepada pemahaman tidak lengkap mengenai konsep AEC.

"Kita tidak pernah membayangkan Asean untuk mengikuti jejak langkah EU (Kesatuan Eropah). Integrasi Asean adalah inklusif dan akan mengambil kira tahap pembangunan ekonomi yang berbeza," katanya. Beliau berkata perkumpulan itu menyasarkan untuk mengubah rantau tersebut menjadi pangkalan pengeluaran berintegrasi dan pasaran tunggal. "Dengan integrasi yang lebih mendalam menerusi kawasan perdagangan bebas Asean, kami percaya AEC akan menjadikan Asean lebih kompetitif dalam mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif," katanya.

Ditubuhkan pada 1967, Asean kini dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan