Kerajaan Negeri Pahang Kaji SOP Hadapi Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjawab soalan media ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri di Yayasan Pahang, dekat Kuantan, Jumaat. -fotoBERNAMA
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjawab soalan media ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri di Yayasan Pahang, dekat Kuantan, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri Pahang sedang mengkaji Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menghadapi banjir di masa depan.

Beliau berkata kajian itu meliputi soal keperluan logistik, bentuk agihan bantuan, penempatan semula mangsa banjir dan sebagainya.

"Kita sedang mengkaji untuk mengadakan sebuah pusat pemindahan mangsa banjir yang besar, selain menaik taraf pusat pemindahan sedia ada (seperti di sekolah) dengan menambah baik keperluan tandas, bilik, menyediakan dapur dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang, Jumaat.

Adnan berkata sebuah pusat pemindahan banjir yang besar diperlukan kerana ia boleh menjadi pusat pengagihan bantuan dan keperluan asas, penempatan logistik dan sebagainya.

Selain itu, terdapat cadangan agar pengetua sekolah atau guru besar menjadi pengurus di pusat pemindahan banjir bagi memastikan segala bentuk bantuan dan keperluan asas dapat disalur dengan lebih cekap.

Beliau berkata banjir buruk yang berlaku di Pahang baru-baru ini menuntut semua pihak terbabit agar lebih bertoleransi, sabar dan saling membantu serta tidak mementingkan diri sendiri ketika berada di pusat pemindahan banjir.

Adnan berkata dakwaan barangan keperluan asas dan makanan tidak mencukupi adakalanya terlalu ditokok tambah pihak tertentu, sedangkan semua sukarelawan yang terdiri daripada penjawat awam, telahpun bertungkus lumus tanpa mempedulikan keluarga dan diri sendiri yang turut menjadi mangsa banjir, semata-mata bagi memastikan mangsa banjir di pusat itu mendapat layanan sewajarnya.

Beliau turut ditanya berkaitan isu kira-kira 40 penduduk di perkampungan Sungai Isap yang mengumumkan keluar dari parti Umno berikutan musibah banjir baru-baru ini.

"Kita dah siasat perkara itu, sebabnya kerana roti, mereka tidak dapat roti secukupnya semasa di pusat pemindahan, sebab roti, keluar parti...," katanya.

Adnan berkata kerajaan Barisan Nasional menerusi agensi dan jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat, sukarelawan serta pasukan keselamatan sebenarnya telahpun bertungkus lumus melakukan yang terbaik bagi membantu mangsa banjir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan