Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Akhir Februari Depan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof meninjau Ram 2 Jambatan Kedua Pulau Pinang di Interchange Batu Maung yang siap dibina setelah struktur sokongan sementaranya runtuh pada 6 Jun lalu. Jambatan yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan tersebut sepanjang 23.5km menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau. -Foto BERNAMA.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof meninjau Ram 2 Jambatan Kedua Pulau Pinang di Interchange Batu Maung yang siap dibina setelah struktur sokongan sementaranya runtuh pada 6 Jun lalu. Jambatan yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan tersebut sepanjang 23.5km menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau. -Foto BERNAMA.

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini, Khamis.

Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.

Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan