Isu Syiah Akan Ditangani Segera Demi Keselamatan Negara - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan Anugerah Perdana Za'ba Tokoh Pengarang kepada Datuk Abdul Kadir Jasin (kiri) selepas Merasmikan Anugerah Buku Negara 2013 di Kuala Lumpur, Khamis. - FotoBERNAMA
Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan Anugerah Perdana Za'ba Tokoh Pengarang kepada Datuk Abdul Kadir Jasin (kiri) selepas Merasmikan Anugerah Buku Negara 2013 di Kuala Lumpur, Khamis. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu menangani segera Syiah di negara ini bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetuskan penganut fahaman itu.

Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, katanya beliau juga tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.

"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.

"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya hari ini bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.

Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan