Enam Bank Tawar Kemudahan Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam institusi perbankan yang mempunyai cawangan di kawasan terlibat banjir bersetuju melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban kewangan serta harta benda pelanggannya.

Menurut kenyataan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) hari ini, bank berkenaan ialah Agrobank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, EXIM Bank dan SME Bank.

ADFIM yang menyelia enam bank itu berkata antara inisiatif jangka pendek yang dikenal pasti ialah menangguhkan sementara bayaran pinjaman, menstruktur semula pinjaman, membantu pelanggan mempercepat proses tuntutan insurans dan melanjutkan tempoh urus niaga di kawasan yang tidak terjejas banjir.

Bagaimanapun, pelanggan dinasihat pergi terus ke cawangan bank berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut kemudahan yang disediakan anggota ADFIM di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Pelanggan juga boleh menghubungi khidmat pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2976; Bank Rakyat 1 300 88 12265; Bank Pembangunan Malaysia 03-2611 3888; Bank Simpanan Malaysia 1 300 88 1900; EXIM Bank 03-2601 2000; dan SME Bank 1 300 88 3131. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan