Cuaca Buruk Sebabkan Helikopter Mendarat Di Laut, Lapan Mangsa Terselamat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebuah helikopter terpaksa mendarat cemas di tengah laut berhampiran pesisir pantai Bintulu pada Khamis dengan sebuah kapal yang melalui kawasan itu berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang terdiri daripada dua juruterbang dan enam pekerja pelantar minyak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Mohd Said Ibrahim berkata cuaca buruk menyebabkan pesawat Sikorsky S-76 itu yang disewa sebuah syarikat minyak terpaksa membuat pendaratan cemas pada pukul 7.45 pagi.

"Mereka bernasib baik kerana sebuah kapal yang melalui kawasan itu menyelamat mereka. Tiada yang cedera parah," katanya ketika dihubungi Bernama dari sini dan menambah kesemua mangsa dihantar ke sebuah hospital di Miri untuk rawatan.

Beliau berkata pesawat itu tenggelam ke dalam laut sementara kes tersebut diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Kes diserah kepada AMPP kerana kawasan yang berlakunya kejadian itu terletak di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

Bernama yang menghubungi Bilik Gerakan APMM dimaklumkan satu mesyuarat sedang diadakan antara para pegawai operasi agensi berkenaan.

Sementara itu pihak Petronas berkata pesawat yang membawa enam kakitangan yang digaji kontraktor syarikat minyak dan gas Malaysia terjatuh ke laut kira-kira 159 kilometer dari pantai Bintulu.

"Insiden itu berlaku ketika helikopter berkenaan mahu membuat pendaratan di atas kapal yang sedang melakukan kerja-kerja seismik," katanya dan menambah punca kejadian masih disiasat.

Petronas akan menghulurkan bantuan kepada enam kakitangan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan