Adun P.Pinang Terima Kenaikan Gaji - Berita Semasa | mStar

Adun P.Pinang Terima Kenaikan Gaji

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pulau Pinang mengikut jejak langkah Selangor apabila mengumumkan kenaikan gaji ahli Dewan Undangan negeri (Adun) sebanyak 80 peratus.

Langkah berkenaan disokong kesemua Adun Pakatan Rakyat (PR) dan pembangkang (BN) di Pulau Pinang yang berjumlah 40 orang, yang mana keputusan itu diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, Jumaat.

Wakil rakyat di negeri itu sebelum ini menerima RM4,112.79 dan kenaikan yang bermula pada Jun tahun ini menyaksikan mereka menerima gaji RM6,000 sebulan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan