Syarikat Jepun Di Malaysia Wajar Fokus Bidang Berteknologi Tinggi - Najib

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan dua hala di Sori Kantei, kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di Tokyo pada Khamis. Perdana Menteri berada di sini untuk lawatan kerja empat hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan dua hala di Sori Kantei, kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di Tokyo pada Khamis. Perdana Menteri berada di sini untuk lawatan kerja empat hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun. -Foto BERNAMA

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan syarikat Jepun di Malaysia pada masa akan datang perlu lebih tertumpu kepada bidang yang dapat meningkatkan rantaian nilai serta berfokuskan teknologi tinggi.

Bercakap pada sidang media bersama rakan sejawatannya, Shinzo Abe, selepas mesyuarat dua hala selama 45 minit di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Jepun (Sori Kantei) di sini, Najib berkata beliau menyuarakan perkara itu kepada Abe, dengan mengambil kira transformasi yang berlaku di Malaysia pada masa ini serta hakikat bahawa Malaysia kini dianggap sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi.

"Saya menyebut bidang seperti teknologi hijau dan teknologi boleh baharu, pelupusan sisa serta kerjasama dalam PKS (perusahaan kecil dan sederhana)," kata Najib.

Najib tiba di sini pagi Khamis dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun.

Perdana Menteri berkata syarikat-syarikat Jepun boleh memanfaatkan kekuatan mereka jika memberi tumpuan dan membuat pelaburan dalam bidang teknologi tinggi.

Najib berkata Jepun kini merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia dengan kira-kira 1,400 syarikat dari negara itu beroperasi dengan pelaburan dalam bidang pembuatan telah mencecah US$22.2 bilion.

Sambil menyifatkan pertemuan beliau dengan Abe sebagai sangat berjaya dan produktif, Najib berkata pada mesyuarat itu, Abe menyebut beberapa kekuatan Jepun yang diperakui di peringkat antarabangsa seperti dalam bidang teknologi menggunakan arang batu dan kereta api laju. "(Dalam konteks ini) peluang di Malaysia sudah pasti terbuka untuk disertai syarikat Jepun dalam pembangunan infrastruktur pada masa depan berasaskan sistem pembidaan terbuka," kata Najib.

Perdana Menteri berkata asas hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Tokyo akan terus berada dalam konteks Pandang Ke Timur. "Kita kini bergerak ke fasa kedua (dasar itu) yang akan menekankan kepada usaha untuk memperkukuh bidang tertentu serta meningkatkan hubungan institusi. "Dalam hubungan ini saya menyambut baik hasrat Perdana Menteri Abe untuk menjadikan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hab bagi pendidikan teknologi untuk Asean," katanya.

Najib berkata Kuala Lumpur juga menyokong cadangan Tokyo untuk meningkatkan latihan maritim antara agensi-agensi berkaitan. Selain itu, Malaysia turut menyokong usaha untuk menjadikan mesyuarat peringkat Menteri Pertahanan Asean sebagai platform untuk membincangkan kerjasama keselamatan masa depan di rantau ini.

Perdana Menteri berkata beliau memperakui bahawa Abe sudah melawat kesemua 10 negara anggota Asean dalam tempoh setahun menjadi Perdana Menteri, yang menurut Najib, beliau percaya Abe merupakan Perdana Menteri pertama Jepun yang berbuat demikian.

"Ini jelas menunjukkan keutamaan beliau (Abe) terhadap Asean sebagai sebuah rantau," kata Najib.

"Secara peribadi, saya gembira bertemu Perdana Menteri Abe dan mahu terus bekerjasama rapat dengan beliau pada masa depan," kata Najib. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan