Selangor, SPAN Kerjasama Teruskan 878 Projek Pembangunan Baharu Tertangguh

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setuju untuk bekerjasama bagi meneruskan pembangunan tertangguh melibatkan permohonan 878 projek baharu yang ditolak sejak Jun lepas atas alasan kekurangan bekalan air.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif SPAN Datuk Teo Yen Hua dan perwakilan syarikat berkenaan 3 Dis lepas.

Beliau berkata SPAN menangguhkan kelulusan 878 permohonan melibatkan projek di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana berpendapat akan berlaku kekurangan bekalan air selepas semua projek pembangunan disiapkan.

"Kerajaan Selangor memaklumkan kepada SPAN bahawa kita melaksanakan usaha dan program mitigasi untuk menambah kapasiti bekalan air terawat bagi menampung keperluan bekalan air terawat sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum Loji Rawatan Air Langat 2, jika dilaksanakan," katanya kepada pemberita, Khamis.

Melalui program mitigasi di Bestari Jaya, Abdul Khalid berkata pihaknya yakin bekalan air bersih adalah mencukupi sehingga 2016 dan memberi jaminan tiada masalah ketidakcukupan air terawat berlaku kelak.

Justeru, katanya, Selangor telahpun menghantar surat aku janji kepada SPA Nbaru-baru ini agar permohonan projek yang tertangguh dapat diluluskan namun ia tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"Sebagai balasan kepada SPAN, surat aku janji dikeluarkan menyatakan kerajaan negeri bersetuju memberi indemniti terhadap sebarang tindakan atau tuntutan ganti rugi oleh pemaju ke atas SPAN akibat ketidakupayaan membekalkan air oleh kerajaan negeri dalam kuantiti yang dikehendaki pemaju," katanya.

Abdul Khalid juga berkata kerjasama itu berkuat kuasa sehingga 30 Jun 2014 namun terbatal jika gagal membekalkan air berpunca daripada ketidakupayaan dan kecuaian operator serta agensi perakuan yang dilantik SPAN untuk bertindak secara profesional.

Mengulas desakan pelbagai pihak untuk mengkaji semula kenaikan gaji wakil rakyat yang berkuat kuasa 1 Jan depan, beliau berkata pihaknya belum mengadakan sebarang perbincangan dan dijangka berbuat demikian pada awal Januari ini.

"Saya dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat masih belum berbincang mengenainya kerana merasakan ia tidak perlu disegerakan, apa pun ia sudah diluluskan dalam persidangan dewan undangan negeri tempoh hari," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan