Minda Pondok Buat Laporan Polis Terhadap Presiden PAS

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok, pada Khamis membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Binjai di sini oleh Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Mohd Syamsul Mohd Yussof, yang diiringi 20 anggota NGO itu pada 10 pagi.

Mohd Syamsul berkata Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam berita bertajuk 'Umno Paling Kuat Menentang Islam Berbanding DAP' yang disiarkan akhbar Harakah.

"Ia adalah satu kenyataan fitnah dan berniat jahat kerana orang Umno adalah orang Islam," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Presiden PAS itu dilapor mengeluarkan kenyataan berkenaan semasa Muktamar PAS ke-59 pada 29 Nov lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan