Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan Kepada 5,398 Orang

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 5,398 berbanding 5,539 orang yang direkod petang Khamis.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 malam Khamis, kesemua mangsa banjir dari 1,357 keluarga ditempatkan di 65 pusat pemindahan dari 56 penempatan di enam daerah yang terjejas akibat banjir.

Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,770 orang di 39 pusat pemindahan disusuli Kuantan (724 orang di empat pusat) Maran (724 di 13 pusat), Bera (107 di empat pusat), Temerloh (60 di empat pusat) dan Rompin (13 di satu pusat). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan