Khazanah Purba Malaysia Dijual di e-Bay

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sukar ditemui: Mata wang berbentuk binatang ini ditemui di sebuah kedai menjual barangan antik di Johor.
Sukar ditemui: Mata wang berbentuk binatang ini ditemui di sebuah kedai menjual barangan antik di Johor.

KOTA TINGGI: Bukan sahaja pentadbiran negeri Kedah kecewa dengan kehilangan tapak bersejarah yang berharga.

Artifak dan khazanah dari Johor juga turut dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dengan kebanyakan daripada harta karun berkenaan diperoleh daripada ibu kota pentadbiran lama negeri iaitu Johor Lama.

Lebih memburukkan keadaan semakan The Star di e-Bay dan beberapa laman web lain mendedahkan satu kebenaran mengejutkan kerana bukan itu sahaja malah artifak bersejarah dari Perak dan Melaka juga turut dilelong.

Khazanah yang bernilai jutaan ringgit ini, terdiri daripada emas, perak dan duit siling timah, mata wang berbentuk binatang, 'celadon' pasu 'teracota', seramik biru dan putih Cina serta senjata.

Penjualan barangan purba tersebut telah berlangsung secara sulit sejak 40 tahun lalu, turut menarik minat pengumpul barangan antik persendirian dari Malaysia dan Singapura.

Sekeping duit syiling emas yang hampir menyerupai syiling 10 sen pada hari ini, yang diperoleh daripada zaman Kesultanan Johor dijual di pasaran gelap pada harga RM2,000 hingga RM10,000.

Menurut sumber, kebanyakan khazanah dan artifak purba ini dijumpai oleh penduduk kampung dan nelayan di sepanjang Sungai Johor.

Artifak berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor (YWJ), yang merupakan badan bertanggungjawab terhadap pentabiran muzium di Johor namun kebanyakan mereka lebih berminat untuk menjualnya di kedai menjual barangan antik.

Kebanyakan artifak yang ditemui itu dijual secara atas talian atau pun kedai antik di serata negeri.

"Semuanya melibatkan soal duit, mereka (pencari harta karun) tahu nilai setiap artifak yang mereka temui. Maka mereka membuat keputusan, menjualnya untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah," kata sumber berkenaan sambil menambah YWJ mengambil masa lebih kurang setahun untuk menentukan sumbangan yang diberikan kepada mereka yang menemui artifak tersebut.

Daerah terbesar di Johor, Kota Tinggi turut dikenali sebagai 'daerah bersejarah' kerana ia merupakan tempat bermulanya kerajaan Kesultanan Johor lama.

Seorang peneroka felda, Suhaimi Abd Aziz, 64, yang berasal daripada Kampung Johor Lama berkata kawasan berkenaan kaya dengan pelbagai khazanah yang sering ditemui oleh penduduk kampung.

"Kebanyakan orang hanya menyimpan barangan tersebut sebagai harta pusaka keluarga," katanya.

Dia berkata berita mengenai sejarah tempat berkenaan mejadikan kampung tersebut sebagai lokasi yang sering dikunjungi oleh pencari harta karun termasuk pasukan penyelam yang mencuba nasib di kawasan berkenaan.

Seorang lagi sumber daripada Jabatan Muzium Negara berkata kebanyakan artifak daripada negeri lain turut dijual di pasaran gelap.

"Pihak pemaju di Johor secara menemui artifak berharga ini secara tidak sengaja, namun apa yang menyedihkan adalah mereka tidak menyerahkannya kepada pihak berkuasa sebaliknya mereka lebih suka menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.

"Ada antara artifak ini boleh mencecah harga jutaan ringgit, namun semuanya bergantung kepada keunikan, barangan yang sukar ditemui serta keadaan artifak tersebut. Namun sudah pasti ia mempunyai harga di pasaran gelap," katanya.

Sementara itu Pengarah YWJ, Muhammad Fuad Radzuan berkata adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang sekiranya mereka yang menemui artifak Johor itu menjualnya kepada pengumpul khazanah purba atau kedai antik.

"Kami tahu kebanyakan artifak yang ditemui di Kota Tinggi dijual krpada pengumpul barangan antik serta dijual dipasaran gelap kerana terdapat permintaan yang tinggi di sana," katanya.

Muhammad Fuad berkata mereka yang menemui artifak tersebut sepatutnya menyerahkan artifak berkenaan kepada YWJ untuk dijadikan sebagai warisan kerajaan kerana ia adalah bukti kewujudan negeri Johor di sepanjang Sungai Johor yang dikatakan telah wujud sejak 1520an.

Beliau berkata bagi mereka yang mahu menjalankan kerja penggalian untuk mencari artifak di negeri itu pula perlu melalui YWJ dan kemudiannya surat mereka akan dirujuk kepada Muzium Negara untuk mendapatkan kebenaran di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mengazetkan Sungai Johor dan Kampung Johor sebagai tempat warisan bersejarah bagi memastikan artifak serta khazanah purba di kawasan itu tidak hilang dan dijual di pasaran gelap.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan