Kerajaan Pastikan Tiada Kebocoran Rahsia Rasmi

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan bagi menjamin keselamatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara asing atau pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya ialah pelaksanaan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penjawat, kontraktor atau vendor yang memberi perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara.

Selain itu, beliau berkata Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) sentiasa memastikan dokumen dan maklumat rahsia rasmi dilindungi berdasarkan peraturan sedia ada.

"Kerajaan melalui Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan tidak menerima laporan rasmi dari kementerian, jabatan atau agensi mengenai (dakwaan) kes-kes pengintipan rahsia kerajaan seperti yang disiarkan media," kata Shahidan menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit di Dewan Negara pada Khamis.

Mariany meminta kerajaan menyatakan status dan tahap pengurusan keselamatan data, dokumen dan rahsia negara dan tindak balas kerajaan terhadap ancaman pengintipan dan pencerobohan asing.

Tiada kebocoran rahsia rasmi berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara di sebalik dakwaan berlaku pengintipan dan pencerobohan asing baru-baru ini.

Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) sentiasa memastikan dokumen dan maklumat rahsia rasmi dilindungi seperti yang buku Arahan Keselamatan tetapkan.

Shahidan berkata KPKK sebagai kuasa pusat terhadap keselamatan dokumen dan maklumat rahsia rasmi kerajaan sentiasa mengadakan program-program pendidikan meliputi kursus-kursus jangka pendek, kempen dan penerangan serta menjalankan pemeriksaan keselamatan ke semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau berkata langkah ini adalah penting bagi mengingatkan kesedaran dan memberi peringatan supaya mematuhi peraturan keselamatan perlindungan yang ditetapkan.

Selain itu, menurut Shahidan, kerajaan turut melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan bagi menjamin keselmatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara sing dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. "Antara langkah-langkah itu ialah melaksanakan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penajwat awam, kontraktor atau vendor yang mmeberikan perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja-pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara bagi memeriksa latar belakang.

"Proses pengesanan latar belakang itu dilaksanakan berdasarkan penglibatan di dalam pertubuhan dan persatuan sama ada di dalam atau di luar negara serta dilaksanakan oleh Cawangan Khas PDRM berdasarkan rekod mereka dan agensi lain yang berkaiatan," katanya.

Shahidan berkata kerajaan juga mengadakan kolaborassi strategik dengan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia dan lain-lain bagi menangani pelbagai bentuk ancaman dari luar dan dalam negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan