Jahara Tidak Akan Mengalah, Akan Terus Bangkitkan Masalah Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata beliau tidak akan mengalah walaupun dilempar pelbagai tuduhan malah akan terus membangkitkan masalah rakyat pada persidangan DUN.

Wakil Rakyat kawasan Teluk Air Tawar dari Barisan Nasional (BN) itu berkata walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai gangguan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pimpinan DAP ketika membangkitkan masalah rakyat, namun ia bukan halangan baginya. "Tidak dinafikan tugas ini mencabar kerana terpaksa berdepan dengan wakil kerajaan negeri yang sentiasa menganggu perbahasan kami, saya terpaksa kuatkan diri, tidak dinafikan tekanannya juga tinggi, namun saya tidak akan mengalah," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata, walaupun dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk 'nenek rasis' oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, namun beliau akan tetap berdepan dengan situasi itu bersama-sama dengan fakta dan berjuang dalam persidangan DUN.

Jahara berkata beliau sentiasa mengingatkan lapan lagi wakil rakyat B Nyang lain agar tetap bersemangat untuk berbahas dan membangkitkan isu rakyat supaya kerajaan negeri tahu bahawa banyak lagi perkara yang belum selesai.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan rasis yang dilemparkan Lim terhadapnya, Jahara mendakwa perkara berkenaan merupakan strategi DAP untuk melemahkan Umno dan BN.

"Mereka cuba timbulkan persepsi kepada rakyat bahawa kita rasis," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan