Buli Tidak Sepatutnya Berlaku Terhadap Sesiapa Pun - Chong

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Pulau Pinang Chong Eng (DAP-Bagan Lalang) berkata perbuatan membuli tidak seharusnya berlaku terhadap sesiapa pun tidak kira wanita atau kanak-kanak.

"Buli itu memang tidak sepatutnyta berlaku, ia satu perbuatan yang memang tidak baik," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, pada Persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, Khamis.

Kenyataan Chong itu secara tidak langsung menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) bahawa wanita berkerjaya dan memegang jawatan tinggi perlu dihargai serta dihormati dan tidak sepatutnya dihina atau dibuli.

"Adalah tidak elok dan tidak sepatutnya berlaku bagi wanita yang berjawatan atau sebaliknya dibuli atau dihina," kata Jahara ketika mencelah pada sesi penggulungan di DUN berkenaan.

Jahara turut menegaskan bahawa martabat seorang wanita tidak boleh dipandang ringan dengan memberi nama atau gelaran yang tidak sepatutnya hingga menjatuhkan maruah.

Pada Isnin lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng menggelar Jahara sebagai 'nenek rasis' dalam satu sidang media di DUN berkenaan, namun kemudian membuat permohonan maaf kerana menggunakan gelaran 'nenek', sebaliknya tetap memanggil ketua pembangkang itu sebagai 'rasis'. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan