5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 5,607 berbanding 5,376 orang yang direkodkan malam Rabu.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,398 keluarga ditempatkan di 71 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir.

Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,501 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (842 orang di lima pusat pemindahan), Maran (735 di 13 pusat), Temerloh (235 di tujuh pusat), Bera (276 di tujuh pusat) dan Rompin (18 di dua pusat).

Sementara itu, di TERENGGANU, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan pagi ini hanya 3,387 orang daripada 710 keluarga berbanding 3,424 orang (718 keluarga) malam Rabu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini kerana pada umumnya banjir di negeri ini berada dalam keadaan bertahan susulan hujan reda.

Di Dungun jumlah mangsa banjir pagi ini sama seperti malam tadi iaitu 1,299 orang (318 keluarga), dan begitu juga di Hulu Terengganu sama seperti malam tadi iaitu 79 mangsa (20 keluarga).

Di Kemaman, jumlah mangsa juga kekal 1,946 orang (354 keluarga), namun di Marang, jumlah mangsa menurun sedikit pagi ini kepada 63 orang (18 keluarga) berbanding 100 orang (26 keluarga) malam tadi.

Jumlah keluarga mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan ialah 710 keluarga di 42 pusat pemindahan iaitu 13 di Dungun, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (22) dan Marang (tiga).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai-sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa.

Dalam pada itu, Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan jalan Pulau Kerengga/Pengkalan Berangan di Marang dan jalan Durian Mentangau di Dungun ditutup kepada semua kenderaan, masing-masing ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan 0.7 meter.

Sementara itu di Hulu Terengganu, jalan Matang/Nibong/Kuala Berang ditutup kepada kenderaan ringan akibat ditenggelami air sedalam 0.3m manakala jalan Kuala Berang/Tanggol/Kuala Kejir ditutup kerana tanah mendap. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan