Seai Kie, Cheng Liang Rebut Jawatan Ketua Wanita MCA - Berita Semasa | mStar

Seai Kie, Cheng Liang Rebut Jawatan Ketua Wanita MCA

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Cheng Liang (kiri) dan Heng Seai Kie.
Tan Cheng Liang (kiri) dan Heng Seai Kie.

KUALA LUMPUR: Datuk Heng Seai Kie dan Tan Cheng Liang bersedia untuk merebut jawatan Ketua Wanita MCA pada pemilihan parti itu, 20 Disember ini.

Walaupun tempoh pencalonan masih tinggal lima hari saja lagi, saingan jawatan tertinggi itu bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara mereka.

Heng, 51, merupakan Ketua Wanita MCA Bahagian Perak, manakala Tan, 54, tewas kepada Ooi Siew Khim dalam saingan merebut jawatan Ketua Wanita MCA Bahagian Pulau Pinang, bulan lalu.

Tarikh pemilihan dijadualkan pada 20 Disember.

Tan akan mengumumkan pencalonannya di Wisma MCA di sini pada petang Rabu, manakala Heng memaklumkan mengenai pendiriannya pada minggu lalu.

Jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan itu nanti adalah pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi (empat kerusi) dan ahli jawatankuasa pusat (25 kerusi).

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan