PM Cadang Kerajaan Negeri Timbang Bantuan Khas Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan negeri menimbangkan bantuan khas kepada mangsa banjir sepertimana pemberian bantuan khas kerajaan pusat RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir seperti diumumkannya sebelum ini.

Beliau berkata banjir buruk yang melanda di beberapa buah negeri termasuk di Pahang sejak seminggu lepas telah menyebabkan ramai mangsa mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda.

"Kalau kerajaan negeri boleh timbang bantuan tambahan khas, InsyaAllah kita boleh beri bantuan tambahan itu," katanya ketika berucap semasa melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni di sini.

Banjir buruk di Pahang mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir melebihi 40,000 orang, malah Isnin dan Selasa lepas turut melumpuhkan bandar Kuantan dan menenggelamkan beberapa perkampungan dan kawasan perumahan di sekitar bandar itu.

Bagi negeri Pahang, Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung bentuk bantuan tambahan khas berkenaan.

Najib yang meninjau pusat pemindahan di Pekan sebelum itu dan perkampungan Sungai Isap di sini, turut melahirkan rasa sedih atas musibah yang menimpa penduduk di kawasan terbabit.

Beliau meminta semua mangsa banjir bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian itu.

Perdana Menteri juga berharap mangsa banjir memahami sekiranya terdapat kekurangan di pusat-pusat pemindahan pada peringkat awal banjir kerana banjir kali ini disifatkan sebagai luar biasa yang menyebabkan berlakunya kesulitan logistik pada peringkat awal.

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah diarahkan menghantar laporan termasuk cadangan bagi melaksanakan projek untuk menangani masalah banjir.

Sekalipun ia bakal membabitkan kos yang tinggi, namun Perdana Menteri berkata, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kejadian banjir buruk dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya kesan buruk banjir dapat dikurangkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan