'Najib Tidak Pernah Kata Saya Tidak Patut Tanding Jawatan Presiden MCA' - Chua - Berita Semasa | mStar

'Najib Tidak Pernah Kata Saya Tidak Patut Tanding Jawatan Presiden MCA' - Chua

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Chua.
Dr Chua.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghalang Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada mempertahankan jawatan presiden MCA pada pemilihan 21 Disember ini.

Menurut Dr Chua, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberitahu beliau mengenai perkara itu selepas bekas timbalan presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek, 72, dengan secara terbuka mendakwa bahawa Najib tidak mahu beliau bertanding pada pemilihan parti.

"Perdana Menteri telah menafikan dakwaan Ah Lek.

"Beliau berkata bahawa beliau tidak memberitahu dia (Lim) yang beliau tidak mahu saya bertanding bagi jawatan presiden," kata Dr Chua pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di sini, Rabu.

Dr Chua mengumumkan bahawa beliau tidak merancang untuk bertanding semula bagi memberikan laluan kepada pihak lain pada minggu lepas.

Pencalonan bagi pemilihan MCA adalah pada 16 Disember dengan pemilihan pada 21 Disember.

Mereka yang akan bersaing untuk merebut jawatan presiden MCA adalah timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden, Gan Ping Sieu dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan