Malaysia Dilandasan Betul Lakukan Transformasi Sistem Pendidikan - Wahid Omar

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia berada di landasan betul untuk menjayakan inisiatifnya, terutama melalui Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia, dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata rangka tindakan itu menangani sebahagian besar isu, termasuk kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang terkandung di dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).

"Kami mengambil bahagian dalam PISA sejak 2009 dan rangka tindakan ini meneliti hasilnya hingga 2011 dan kami juga nampak kemerosotan yang dialami (kualiti pendidikan)," katanya kepada media selepas pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia Disember 2013: Pendidikan Berprestasi Tinggi di sini, Selasa.

"Sebab itulah rangka tindakan itu turut mengenal pasti sasaran Malaysia untuk melonjak ke peringkat satu pertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai penilaian itu, daripada kedudukannya sekarang," kata beliau.

Mengulas laporan itu, Wahid berkata: "Isu yang ditimbulkan laporan ini tentang sekolah autonomi dan peningkatan penyertaan pemegang kepentingan dalam sistem berkenaan, telah dikenal pasti dalam rangka tindakan itu, manakala langkah telah dan akan diambil untuk menangani syor yang dikemukakan".

Katanya menurut perspektif kerajaan, ia perlu terus memberi fokus terhadap pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dikenal pasti dalam rangka tindakan itu.

Menurut PISA 2012, dalam kalangan 65 negara, Malaysia menduduki tangga ke-52 bagi mata pelajaran Matematik, 53 bagi Sains dan 59 bagi pembacaan.

Bank Dunia mencadangkan pelaksanaan tiga keutamaan iaitu menyampaikan lebih banyak keputusan kepada sekolah, maklumat kepada ibu bapa tentang sekolah dan prestasi pelajar dan meningkatkan kualiti pengajaran.

Laporan itu juga menyebut Malaysia mencapai kemajuan besar dari segi akses kepada pendidikan, tetapi kualitinya dan penyediaan sumber secara berkesan, terus merupakan cabaran utama bagi negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan