Latihan Kendali Senjata Perlu Untuk Pegawai Penguat Kuasa Agama - Jakim

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam perlu diberikan latihan kepolisan dan pengendalian senjata api sebagai langkah mempertahankan diri daripada sebarang ancaman.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, adalah wajar mereka dibenar menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri walaupun tugas menjaga senjata api itu berat.

Beliau berkata, demi keselamatan para penguat kuasa agama, perkara itu harus diperhalusi semua pihak berkaitan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri mempertimbang perkara itu kerana tugas penguat kuasa agama turut berhadapan dengan risiko.

"Namun, (ini bergantung kepada) kemampuan dan kesediaan negeri (Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri) untuk melaksanakannya kerana ia berada di bawah bidang kuasa negeri," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kejadian bunuh Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, 49, pada November lepas.

Susulan kejadian itu, Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan supaya anggota penguat kuasa jabatan agama perlu dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan