Kad Pengenalan: Kerajaan Cadang Peguam Negara Tingkat Kadar Hukuman

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara untuk meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan itu adalah untuk individu yang tidak mempunyai bukti atau penjelasan khusus mengenai kehilangan MyKad.

"Kita (telah mencadangkan supaya) meningkatkan caj kehilangan MyKad terhadap mereka yang tidak mempunyai bukti dan penjelasan khusus, melainkan kehilangan berlaku berpunca daripada insiden yang tidak boleh dielakkan seperti kebakaran," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di Dewan Negara di sini, Selasa.

Abdul Rahman bertanya sama ada kerajaan bercadang mengenakan hukuman lebih ketat bagi mereka yang hilang kad pengenalan terutama yang hilang berulang kali supaya dijadikan pengajaran.

Selain itu, Wan Junaidi berkata kementerian akan mempertimbang cadangan untuk mengembalikan semula keperluan membuat laporan polis terhadap kes kehilangan MyKad.

Beliau berkata pemansuhan keperluan itu sebelum ini telah mengakibatkan kesukaran pihak berkuasa membuat siasatan lanjutan sama ada kes kehilangan itu benar atau palsu.

Menjawab soalan asal Senator Dr Ariffin Omar (DAP-Pulau Pinang), Wan Junaidi berkata kewujudan sindiket memperdagang MyKad belum dapat dibuktikan walaupun berlaku peningkatan kes kehilangan kad-kad tersebut sejak kebelakangan ini.

"Meskipun berlaku peningkatan jumlah kehilangan kad tersebut dari tahun ke tahun, kehilangan itu tidak mendadak dan masih belum ada bukti terperinci kewujudan mereka. "Melalui beberapa serbuan hasil kerjasama agensi-agensi di bawah kementerian, didapati kebanyakan kes menunjukkan individu terbabit menggunakan MyKad yang diubah suai daripada kad asli," katanya.

Menurutnya kerajaan mengubahsuaian MyKad tahun ini dengan menggunakan cetakan turisan laser, penggunaan nombor siri cip yang unik dan mempunyai 'ghost imej' yang jelas, menunjukkan keberkesanan berikutan imej yang ada tidak dapat diubah suai oleh pihak tidak bertanggungjawab. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan