Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Pahang Menurun

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding malam Selasa.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.

Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (tiga keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam Selasa.

Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi Rabu.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,754 orang berbanding 6,048 orang yang direkodkan malam tadi, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Setakat 8 pagi Rabu, masih terdapat 1,432 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan dari 78 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.

"Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan," katanya.

Di Kuantan, masih terdapat 924 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Maran (660 orang di 12 pusat pemindahan), Temerloh (518 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di tiga pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan