JKSB Jalankan Ujian Beban Akhir Di Persimpangan Bertingkat Batu Maung

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan 15 buah lori yang membawa muatan 360 tan metrik melalui Tanjakan 2 di Persimpangan Bertingkat Batu Maung pada sesi ujian beban bagi menguji tahap tekanan dan keupayaan jambatan itu, malam Selasa. - FotoBERNAMA
Kelihatan 15 buah lori yang membawa muatan 360 tan metrik melalui Tanjakan 2 di Persimpangan Bertingkat Batu Maung pada sesi ujian beban bagi menguji tahap tekanan dan keupayaan jambatan itu, malam Selasa. - FotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemegang konsesi Jambatan Kedua Pulau Pinang, telah menjalankan ujian beban akhir di Tanjakan 2 di Persimpangan Bertingkat Batu Maung.

Jambatan itu dijangka dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Operasi JKSB Ashari Alias berkata jambatan itu telah siap 99.9 peratus dan ini merupakan ujian beban akhir.

Beliau berkata ujian beban dijalankan ke atas rentang tiang sokongan jambatan 6 hingga 7, Tanjakan 2 yang runtuh apabila struktur sokongan sementaranya runtuh pada 6 Jun.

Ujian beban dijalankan untuk menguji tekanan jambatan dan keupayaan serta bagi memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap tanjakan tempat nahas itu berlaku," katanya kepada pemberita pada taklimat sebelum ujian beban malam Selasa.

Ujian beban telah dijalankan oleh Cergas Murni Sdn Bhd, kontraktor utama bagi Persimpangan Bertingkat Batu Maung, dan diselia oleh Sinclair Knight Merz , juruaudit perunding prestasi.

Sebanyak 360 tan metrik, yang diangkut oleh kira-kira 15 lori, dipasang atas rentang antara tiang sokongan 6 dan 7 di Tanjakan 2 persimpangan bertingkat itu.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata ujian beban itu merupakan sebahagian daripada keperluan yang ditetapkan oleh JKSB kepada kontraktor yang terlibat selain memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa jambatan itu mampu menanggung beban yang berat, selaras piawaian antarabangsa.

Ia merupakan ujian ketiga JKSB. Ujian beban pertama dijalankan oleh UEM Bhd, kontraktor yang dilantik bagi Pakej 2, pada 22 hingga 26 April manakala ujian beban kedua dijalankan oleh CHEC Construction Sdn Bhd pada Oktober.

Ketiga-tiga ujian itu mengesahkan bahawa keupayaan laluan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan