Jangan Lakukan Perbuatan Yang Boleh Cetuskan Syak Wasangka - Sultan Selangor - Berita Semasa | mStar

Jangan Lakukan Perbuatan Yang Boleh Cetuskan Syak Wasangka - Sultan Selangor

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum dan agama memainkan peranan mengekalkan kemajuan di negeri ini dengan tidak melakukan apa jua perbuatan yang boleh mencetuskan syak wasangka antara satu sama lain.

Baginda bertitah setiap rakyat Selangor perlu menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini.

"Beta berkenan agar kemajuan di negeri Selangor ini dapat berterusan hingga generasi akan datang.

"Oleh itu, setiap rakyat Selangor mestilah memainkan peranannya untuk mengekalkan kemajuan ini dengan tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka di antara satu sama lain," titah baginda pada majlis jamuan teh bersama rakyat sempena Hari Keputeraan baginda ke-68 di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini, Rabu.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan para cendekiawan supaya memahami mengenai perkara-perkara sensitif serta tidak membuat pernyataan-pernyataan yang boleh mengguris hati rakyat Selangor sehingga mengeruhkan keharmonian.

Baginda turut menyeru rakyat Selangor meneroka peluang-peluang yang boleh menjadikan Selangor menjadi maju dan terunggul di Malaysia.

"Janganlah biarkan kemajuan Selangor ini menjadi lembab dan tidak berubah. Negeri Selangor tidak boleh maju jika rakyatnya yang berbilang kaum tidak bersatu padu dan bekerjasama sebagai satu pasukan," titah baginda.

Sultan Selangor juga mahu rakyat negeri itu bersama-sama membantu dan bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan